Tuesday, 16 September 2014

[ Selain SPA, ada peluang kerja kerajaan lain ? ] Ya memang ada, baca artikel ini



1. Cara memohon kerja kerajaan ialah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Agensi Kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

2. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau SPP berkuasa melantik anda ke jawatan Tetap, Kontrak atau Sementara ke bahagian perkhidmatan pelajaran.

3. Perkhidmatan pelajaran bermaksud Guru dan Bukan Guru.

4. Gred untuk Guru ialah DG41 (ijazah) dan DG29 (diploma), jawatannya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

5. Gred untuk Bukan Guru ialah DH41 (ijazah) dan DH 29 (diploma), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. 

6. Gred lain untuk Bukan Guru ialah :

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
Penyelia Asrama Gred N17
Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
Pembantu Makmal Gred C17
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


7. Jadi, tidak semestinya bertugas di bahagian perkhidmatan pelajaran tugasnya adalah mengajar.

8. Ada tugas-tugas umum seperti poin nombor 6 di atas.

9. Permohonan kerja kerajaan melalui SPP (bukan SPA) dikendalikan oleh laman web Jobs Malaysia.


11. Faedah yang diterima apabila mendapat kerja melalui SPP ialah sama seperti mendapat kerja melalui SPA.

12. Jika anda berjaya mendapat panggilan temuduga, saya amat mengesyorkan panduan ini.

13. Persediaan menghadiri temuduga perlu lebih serius kerana ini ialah pintu terakhir sebelu melangkah masuk kepada kerja kerajaan.


Semoga berjaya ! Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan.

p/s : Sila emel ke sayamahukerjakerajaan@gmail.com jika saudara/saudari memerlukan bantuan.
Saya suka untuk membantu anda dapat kerja.


No comments:

Post a Comment