1. Tidak dinafikan, persaingan mendapat kerja amat tinggi sekarang ini.
2. Puluhan ribu graduan berkonvo dan mencari kerja setiap tahun.
3. Pihak majikan pula mencari pekerja yang mempunai pengalaman sekitar 1 -2 tahun bekerja.
4. Graduan baru pula masih keliaru kerjaya mana yang harus mereka pilih.
5. Ini kerana graduan akan menempuh alam baru selepas tamat belajar.
6. Trend baru pekerjaan ialah, majikan akan mengambil graduan bekerja dan diserapkan sebagai Management Trainee.
7. Management Trainee akan ditempatkan di beberapa department dalam syarikat dan dinilai potensi mereka.
8. Jika anda ialah Management Trainee, tentu anda mahu memaksimakan potensi anda di syarikat tersebut kan ?
9. Saya Mahu Kerja Kerajaan membantu anda matchkan personaliti dan kerjaya.
Ujian Personaliti Myers-Briggs Type Indicator digunakan lebih 80% syarikat bertaraf antarabangsa bagi memilih pekerja.
Mari kita lihat carta ini.
Ini ringkasan dalam bahasa Melayu.
Jika anda ada ciri-ciri berikut, maka inilah kerjaya yang sesuai untuk anda,
Ciri - ciri :
Orang yang realistik dan suka membuat keputusan yang praktikal.
Kerjaya sesuai :
Agen insurans, ahli farmasi, peguam, pengurus projek, hakim
Ciri - ciri :
Orang yang bekerja keras yang menghargai tanggungjawab dan komitmen.
Kerjaya sesuai :
Juruaudit, akauntan, ketua pegawai kewangan, jurutera pembangun web, penjawat awam kerajaan
Ciri - ciri :
Orang yang suka berkawan dan bermotivasi membantu orang lain
Kerjaya sesuai :
Wakil jualan, jururawat, pekerja kesihatan, pekerja sosial, eksekutif perhubungan awam dan pegawai pinjaman / pembiayaan
Ciri - ciri :
Orang yang sederhana dan pekerja yang berdedikasi yang seronok membantu orang lain.
Kerjaya sesuai :
Doktor gigi, guru sekolah rendah, pustakawan, pemilik francais, pegawai perkhidmatan pelanggan
Ciri - ciri :
Orang yang pragmatik yang sukakan keterujaan dan kecemerlangan dalam menghadapi krisis.
Kerjaya sesuai :
Detektif, pegawai bank, pelabur, agen hiburan, jurulatih sukan.
Ciri - ciri :
Orang yang straight to the point dan jujur yang mementingkan tindakan lebih dari cakap.
Kerjaya sesuai :
Jurutera awam, ahli ekonomi, juruterbang, penganalisa data ekonomi, doktor wad kecemasan.
Ciri - ciri :
Orang yang ceria dan sukakan common sense
Kerjaya sesuai :
Kaunselor kebajikan kanak-kanak, doktor, pelakon, pereka hiasan dalaman, saintis alam sekitar
Ciri - ciri :
Orang yang mesra dan sensitif yang suka membantu orang dengan cara yang ketara.
Kerjaya sesuai :
Pereka fesyen, terapi fizikal, tukang urut, arkitek lanskap, penjaga stor.
Ciri - ciri :
Pemimpin semulajadi yang logikal, analitikal dan perancang strategi yang bagus.
Kerjaya sesuai :
Eksekutif, peguam, penganalisa pasaran, konsultan perniagaan, pemodal pelaburan.
p/s : Sila emel ke sayamahukerjakerajaan@gmail.com jika saudara/saudari memerlukan bantuan.
Saya suka untuk membantu anda dapat kerja.
No comments:
Post a Comment